Keputusan UPSR tahun ini telah diumumkan pada 17 November 2011, betul2 pada hari terakhir persekolahan untuk sesi 2011.  Tahun ini keputusan UPSR meningkat dari tahun lalu berdasarkan peratusan.  Begitu juga dari segi gred purata.  Walaubagaimanapun pelajar yang mendapat 5A merosot kepada 18 orang sahaja.  Bagaimana peratusan matapelajaran Matematik meningkat dengan hebatnya.  Tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya teruskan langkah kerana masih banyak lagi jalan yang harus diterokai.  Selamat berhijrah ke Sekolah Menengah.